1. Dua minggu yang sangat ripuh. Bermula dengan program ‘outreach’ di Pitas. Kemudian mesyuarat, bengkel dan kuliah bertalu-talu. Macam mau patah riuk tulang temulang.
Cuti Hari Pekerja pun masih bekerja, dengan kem debat di Rumah Pangi. We are preparing for the biggest tournament of the year – the prestigious Royal Debate. As the defending champion for the junior category, UMS is under extreme pressure to perform well.
This year we actually didn’t train as much. Bukan macam tahun lepas, kami sempat buat beberapa siri kem latihan. So we expect a real tough journey ahead.
2. Walupun hari-hari saya menghamun pendebat. Deep in my heart, I really want the team to do well. Not for me – but for themselves. I have won all the major tournaments (either as a debater or coach), both at the national and ASEAN levels. I have nothing else to prove.
But for these young debaters, doing well could significantly mean something. It could boost their confidence and self-esteem. Of course winning is not everything. But each time you go to the battle, you must bring your best. That is what a real fighter does.
Even if you are under-prepared, you must find a way to defy the odds. I always tell my debaters: if you don’t have the heart of a champion – you are not going fulfil your own potential. Hanya keyakinan dari dalam yang boleh merobohkan halangan yang mustahil.
3. Malam ini saya akan terbang berkursus di Negeri Sembilan sehingga 6hb Mei. So my debaters will have their own time to reflect and build the right attitude for the coming battle. All the best!
Sebelum itu, kelmarin sempat juga hadir Malam Penghargaan Geografi. Teruja tengok pelajar melaram dengan fesyen-fesyen parti ria. Ada yang biasa datang kelas selebet macam baru dibubut lembu, tiba-tiba muncul dengan gaya rupawan melenting-lenting. Hampir saya koma terkejut.
Petang tadi pula, peminat Alien dari Lembah Klang, Azariah + Seri + Aman, buat kunjungan ke banglo kucing. Fuh, tekun sungguh. Pertama kali sampai Sabah tapi gigih pandu sendiri mencari Rumah Pangi yang tersorok di tempat paling terpencil di Tuaran.
4. Serius. Ini minggu yang sangat melelahkan.
Tapi demi menunjukkan penghargaan pada peluang yang diberi oleh ITBM – saya akan gagahkan diri singgah di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berkursus. Temui saya di sudut penulis reruai Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dari jam 10.30am hingga 2pm pada hari terakhir PBAKL, 3 Mei 2015. Biasalah kalau hero Hindustan. Hanya muncul pada penghujung klimaks cerita.
Bagi yang sempat, bolehlah datang ramai-ramai dapatkan tiga buku cinta saya; dan sekaligus memeras tandatangan penulis yang sangat sibuk mengalahkan selebriti ini. S̶a̶y̶a̶ ̶j̶u̶g̶a̶ ̶b̶o̶l̶e̶h̶ ̶b̶e̶l̶a̶n̶j̶a̶ ̶s̶e̶l̶f̶i̶e̶ ̶s̶a̶m̶b̶i̶l̶ ̶l̶a̶g̶a̶-̶l̶a̶g̶a̶ ̶p̶i̶p̶i̶,̶ ̶m̶a̶u̶?̶
:
NOTAKAKI:
Tak kesampaian hajat mahu jumpa Chef selebriti Khairul Hakimin. Ready to fly. Friends and family, please pray for me. |
Guess where I am now? Safely landed. Yeay! |
Junita Shamsul Nice paintings... haha..ala, Abang Ramzah Rem 15 mins pun dah restless..we were made to wait longer masa kat MO KL and Marriott KL..I still remember, my kids got restless, takde tempat duduk sebab pak Arab badan dua kali my hubby and entourage dia pun yg boleh tahan big-sized memenuhi ruang lobby..we all siap minum welcome drink 2 round, still we all masih tercegat menunggu bilik! Makcik kerepot tu bukan locals, I presumed?
Rem Dambul It annoyed me because it was never an issue with this hotel before. I never waited for more than 5 minutes, sebab selalu ada 2-3 orang di kaunter. And the two makcik kepoh... hehehe. Obviously not local kan..
Azariah Ahmad Assalamualaikum Dr Rem Dambul yang dihormati Terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami dalam kekangan masa yang memburu Layanan mesra yang diberi membuatkan kami rasa begitu dihargai Senyuman mesra serta keramahan Dr Rem membuat kami begitu gembira serta memberikan komentar positif tentang kunjungan tadi Dalam kesibukan Dr Rem masih mampu membawa kami melawat Rumah Pangi yang sering dilihat di dalam fb sahaja Melihat kucing yang banyak sungguh seronok sekali Kunjungan yang menggembirakan Terima kasih daun keladi Dr Rem Yay
Membaca puisi dalam 'konsert finale' di reruai ITBM. Gambar ihsan fotografer paling gigih PBAKL, Bro @Ladin Nuawi. |
mantap
ReplyDelete