Sebagai analogi.
Gambar saya melompat solo, itu umpama ‘fakta’. Yang boleh membuat orang lain tahu tentang keupayaan saya melompat. Tetapi untuk membolehkan mereka benar-benar menghayati bakat istimewa itu, perspektif mestilah disertakan.
Gambar melompat secara berkumpulan ini ibaratnya perspektif. Yang memberi konteks lebih tepat kepada keupayaan saya. Supaya ‘fakta lompatan’ itu betul-betul difahami daya lonjakannya, dihayati darjah kekuatannya dan diapreasiasi keistimewaannya. Tidaklah nanti ada yang mencebik: “Ala, lompat begitu jer? Semua orang pun boleh!”
So now, do you get what my points are? Sudah berpuluh gambar lompat saya tayang. Today I want you to see it in a perspective. Look at me me jumping with three other competitors – two of whom are younger than me. Not only that I positioned myself very high in a class of my own; I also simply destroyed the competition. No contest at all.
Dari segi pembinaan daya kognitif, tujuan terpenting pendidikan universiti adalah: menghasilkan manusia yang bukan hanya tahu mencari fakta, tetapi juga bijak mencipta perspektif.
Kepada para pelajar saya, exam final makin hampir. Bila jawab soalan, jangan bagi informasi semata-mata, tanpa sebarang interpretasi. Kalau sekadar memuntahkan fakta, tak perlu susah-payah berguru dengan Rem Dambul sampai dicemuh setiap minggu. Duduk ampai-ampai dalam bilik sambil berguru dengan Encik Google pun boleh.
:— at atas utopia jiwa dan raga.
No comments:
Post a Comment