Thursday, April 30, 2015

DI HUJUNG MUSIM KERING



1. Pohon lilit di Rumah Pangi berbunga sungguh lebat kali ini. Seperti anak dara pingitan yang sedang a̶n̶g̶a̶u̶ ̶k̶a̶s̶m̶a̶r̶a̶n̶ galak bercinta. Tabiat tumbuhan boleh dijadikan petunjuk iklim yang efektif, khususnya untuk meramal hujan monsun. Huraian tentang ini boleh dibaca dalam buku saya, Déjà Vu Cinta Pencari Katarsis (ITBM/PENA, 2015), pada bahagian prelude.
Sekarang kita berada di penghujung Monsun Baratdaya, yang juga dikenali sebagai musim kering. Berdasarkan sains tradisional, gugusan bunga luarbiasa ini menandakan bahawa Monsun Timurlaut (dikenali sebagai musim semai) yang bakal menyusul (Mei-Oktober) akan membawa kuantiti hujan yang agak tinggi. Mungkin boleh mengundang potensi bah di kawasan-kawasan dataran banjir. Mujur tempat saya, Kg Sabandar, bukan dalam kategori yang berisiko ini.


2. Kawan-kawan di seluruh Malaysia, cuba kita kongsi gambar-gambar bunga di tempat masing-masing. Tapi bukan bunga dalam pasu atau bunga berbaja ya. Sebab tumbuhan begini sudah diberi simulasi artifisial, dan ia kemungkinan besar telah hilang ‘deria natural’ untuk bertindakbalas pada perubahan alam semulajadi. Ambil gambar pokok-pokok atas tanah yang tumbuh secara organik.

Nyatakan tempat di mana gambar diambil supaya kita semua boleh mengagak apakah pola hujan di serata Malaysia pada musim tengkujuh kali ini. Khususnya menjelang kemuncak pada sekitar September – Disember. Setiap pohon berbunga hanya mewakili ramalan setempat di mana pemerhatian itu dibuat. Ia bukan representatif seluruh negara.



3. I am particularly interested to get feedback from those live in Kelantan, especially in the Manik Urai area. Upload gambar-gambar di bahagian komen ya. Sharing is caring. Diagnosis iklim dengan kaedah tradisional ini tidak semestinya tepat seluruh. But at least it can give us some ideas of what to expect this coming wet season.

Nenek moyang kita selama berabad-abad dahulu telah menggunakan kearifan begini untuk belajar bagaimana hidup harmoni bersama perubahan-perubahan alam sekitar. So why can’t we? Cuba saja bah, sebagai satu ‘tribute’ kepada ilmu tradisional dari tamadun kita sendiri yang jarang didendang. S̶i̶a̶p̶a̶ ̶t̶i̶d̶a̶k̶ ̶k̶o̶n̶g̶s̶i̶ ̶g̶a̶m̶b̶a̶r̶,̶ ̶s̶e̶r̶i̶u̶s̶ ̶s̶a̶y̶a̶ ̶a̶k̶a̶n̶ ̶u̶n̶f̶r̶i̶e̶n̶d̶!̶




Notakaki:

Pnut Syafinaz tak dr, bunga ni berbunga lebat ketika kemarau... kalau hujan takde.. saya baca satu komen seorang pereka landskap, katanya bila kemarau, pokok ni ada signal macam dia nak mati, jadi dia berbunga lebat, konon bunga terakhir... musim hujan bunga ni tak lebat... entah betul entah tidak.. tapi tahun lepas memang meriah...




Rem Dambul Pnut Syafinaz, biasanya memang pokok akan berbunga sebelum musim hujan. Sama ada pada musim kemarau, atau musim monsun peralihan (macam sekarang). Pokok di rumah saya ini pun sebenarnya sudah mula berbunga sejak dua bulan lepas. Nanti musim tengkujuh... ia akan kurang bunga.

Tapi penerangan pereka lanskap itu pun ada betul juga. Sebab signal bunga pada tumbuhan sebenarnya untuk macam-macam tanda. Bukan semestinga iklim saja.

Sebab itu, orang tua-tua kita dulu hanya mencerap pokok-pokok tertentu saja. Yang diyakini mewakili 'signal iklim' di tempat tersebut, menerusi daya cerapan bertahun-tahun. Tempat saya di Kundasang dulu, ibu saya guna poko jambu batu. 


Rem Dambul Roshidah Abu Bakar, belum confirmed lagi. Saya sudah nampak jemputan. Mau tanya Mohd Asri Husain dulu. 

Lazuardi Dibalikawan, di mana ni? Putrajaya? Kurang pasti sama ada bunga-bunga yang begini boleh jadi indikator. Mungkin juga kan, siapa tahu? Tapi biasanya pokok yang diguna adalah jenis menghasilkan gugusan bunga (contoh: sakura tropika, bunga kertas) diguna sebagai petunjuk.


Rem Dambul Mohd Zamni, kalau bunga telur lebat menguntum.. itu tandanya musim mengawan sudah datang. Bukan musim hujan. 

Lebat bunga sakura tropika di KK berbunga ni. Macam tanda-tanda awal yang Kaamatan kita tahun ini akan bergelumang hujan sajaini... 


Rem Dambul Marina Ahmad, if this is an anomaly (read: not the normal pattern), then raining season is expected within the next 2-3 months. May be earlier. 

Naturally, (the process of) flowering needs a lot of nutrient. Jadi, kalau pokok-pokok ini berbunga leb
at (lebih dari kebiasaan) - itu tandanya "pokok itu tahu" bahawa 2-3 bulan akan datang kawasan itu akan dilimpahi "makanan" (hujan). So that is why the tree is optimizing the use of its current nutrient supply. 

Disclaimer: But not all trees are behaving that way. Bunga yang berlebihan pada sesetangah pokok mungkin memberi "signal" yang lain, dan bukan signal perubahan cuaca. That is why this traditional knowledge is actually established based on several years of observation. Untuk memilih mana pokok yang benar-benar boleh memberi petunjuk yang jelas tentang iklim. 


Meor Zaidi Meor Razali Cuma ada pendapat
Ada bunga yang bagi makna"distress", maka mengeluarkan bunga
Contohnya bougainvillea 

Pada musim hujan tidak mengeluarkan bunga
Lazimnya akan berbunga setelah kemarau melanda


Rem Dambul Ya betul. Sama juga dengan pokok mangga. Proses pembungaan lebih kepada menunjukkan reaksi terhadap "stress" yang diberi sebelum itu (kemarau). 

Sebab itu ada petua orang tua, pokok buah-buahan boleh ditetak-tetak pangkalnya kalau liat mau berbuah. Sebab "stress" itu akan merangsang proses pembungaan. (Nota: Tapi petua ini belum saya guna pada pokok mangga saya).




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...