Sunday, September 6, 2015

SETAHUN SUDAH BERLALU



Oh sudah setahun rupanya. Happy anniversary to me.

Ada lelaki berkahwin dengan wanita. Ada yang berkahwin dengan harta. Ada yang berkahwin dengan kerjaya. Ada yang berkahwin dengan cita-cita, dan menjadikan dirinya sendiri sebagai cinta simpanan. Ada yang berkahwin dengan pangkat dan darjat. Ada juga yang berkahwin dengan semuanya sekali.

Saya pun tidak tahu saya ini kategori lelaki yang mana sa
tu. Kamu rasa yang mana? Setiap perkahwinan (tidak kira apa bentuk) secara fitrahnya adalah suci. Tapi ia datang dengan pakej berat yang menuntut pengisian: kuasa dan tanggungjawab. Hanya apabila kedua-dua ditunaikan dengan penuh amanah, barulah ‘perkahwinan’ itu membawa kepuasan. Lelaki yang bahagia adalah lelaki yang menghormati 'perkahwinannya'.

Manusia selalu mudah terdorong untuk hanya mahsyuk menguliti kuasa, tetapi tidak melunaskan tanggungjawab. Yang akhirnya menjadikan ‘perkahwinan’ itu bukan saja gagal untuk dirinya, bahkan membawa mudarat kepada orang lain.

Sempena anniversary ini, minta tolong doakan moga saya dapat kekuatan menggalas kedua-dua pakej amanah yang diberi. Dan perkahwinan yang mungkin hanya sementara ini, tidak terpesong kepada sebarang penyimpangan. Temptation is human biggest enemy. Never take it for granted.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...