Sunday, August 23, 2015

KEMBARA ROHANI 2



#2 Kembara rohani Ogos 2015

Tawaf di bawah terik matahari gurun pada musim summer, memang mencabar lelaki dari dua segi: kejantanan dan kesabaran. Tetapi angin sepoi yang sesekali menghembus di ruang mataf (tidak tau dari mana) adalah pemujuk yang efektif. Lembut sikit hati.

Seluruh lantai sekitar Ka'abah diperbuat dari marmar padu bermutu tinggi, yang tentu juga pencerap haba yang cekap. Bagaimana rasa berjalan kaki ayam di atasnya ketika matahari sepanas 40 darjah menyuluh terik?

Rasa terbakar kulit tumit? Tidak pula! Bahkan, terasa sejuk-sejuk manja gitu. How did the civil engineers design it? I have no idea. Simply genius.
— at Masjid ilharam, Makkah Al-Mukaramah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...