Friday, June 19, 2015

PERKONGSIAN SOLIDARITI



1)  Kelmarin, saya sertai team UMS menghantar misi bantuan ke Ranau. Hari pertama Ramadhan tahun ini betul-betul mencabar: emosi dan fizikal.

Kami bawa 999 kotak air mineral/minum, makanan dan gelen-gelen kosong (untuk mengambil air dari sumber yang belum tercemar sekitar Ranau). 999 itu bukan gimik sebab UMS ini universiti awam ke-9 ditubuh di Malaysia. Cuma kebetulan memang itu saja yang dapat dimuat ke dalam lima lori yang disewa. However, there will be another trips this weekend from UMS. Ada yang ke Kota Belud, ada yang ke Ranau semula.

Cabaran emosi: kerana Ranau adalah tempat saya sendiri. All my family members and most of my friends there are also affected by the water shortage. Jadi saya tidak rasa sangat seperti sukarelawan. Saya sendiri seolah-olah sebahagian dari mangsa yang sedang terima bantuan (on behalf of my family/friends). Amat terharu tengok sumbangan yang datang bertalu-talu. Bukan team kami saja, tapi dari pelbagai NGO dan agensi kerajaan seluruh Sabah.


2)  Masa kami sampai di Hospital Ranau, sudah ramai yang tunggu. Jururawat wanita pun sama-sama tolong angkat kotak yang boleh tahan berat. Some appeared to be much stronger than me. Sumandak Dusun gunung baitu. Atau mangkali tidak puasa bah kan? smile emoticon The look in their faces (the hospital staf) when we arrived – I just can’t find words to describe. Terpancar seribu harapan dan apresiasi. Betul-betul saya dapat rasa betapa kritikal situasi di sana!

Dalam sibuk-sibuk itu – I bumped into old friends, whom I haven’t met for years. I also got a chance to catch up with one of the nurses who looked after my (late) mother, during her last few months fighting with terminal cancer. Tidak pernah jumpa dia sejak ibu saya meninggal lebih 25 tahun dulu. Selain misi bantuan, bagi saya secara peribadi, trip ini juga sudah jadi misi menggali nostalgia dan kenangan. Hikmah di sebalik musibah. This tragedy, in its own way, helps me to reconnect with my hometown (which I rarely visit the last few years).

Honestly, it feels really, really good. Bila dapat merasa semula 'cinta lama' yang sebelum ini seakan-akan sudah mahu terkubur.


3)  Cabaran fizikal: sebab saya selalu liat bersahur secara proper. I just had a small slice of pizza and a glass of water. Masa makan itu pun masih mamai separuh siuman. Not sure if I even finished my meal. Mungkin tidak. Sebab itu badan rasa sangat lemau. At one point, I really felt flat and had nothing left. Rasa macam baru lepas pikul 10 tan guni padi. The energy that kept me going was no longer coming from the calorie intake in my body. Tapi sisa-sisa tenaga itu datang dari motivasi: okon nopoko itokou, nga isai po. Luahan ini sungguh drama dan hiperbola, kan? Haha. But seriously, it was physically challenging.

Sebelum pulang, kami sempat singgah di Nabalu Cafe, Kundasang. Berjumpa YB Datuk Ewon Ebin, wakil parlimen Kinabalu (juga merangkap Menteri Sains dan Teknologi Malaysia). Beliau diberi briefing oleh pakar geologi UMS (Prof. Dr. Kawi Bidin dan Prof. Dr. Baba Musta) tentang situasi semasa isu-isu bersabit gempabumi. Banyak sangat fahaman pseudosains (baca: teori sains rekaan sendiri) yang membiak ketika ini. Manusia-manusia durjana memang suka ambil kesempatan dari kesempitan.

AMAT PENTING gejala-gejala seperti ini ditebat dengan sebaran info tepat berdasarkan bukti-bukti sains empirikal. Jangan penduduk dipukau oleh dakyah-dakyah songsang. Agar lebih mudah strategi survival komuniti disusun mengikut pendekatan yang betul. Bukan diseleweng dengan peringatan bukan-bukan oleh pakar palsu minta puji.


4)  Pada saat kritikal begini, semua bentuk pertolongan amat bermakna. Sumbangan material, bantuan tenaga, perkongsian ilmu, bisikan doa, kata-kata sokongan moral dan apa-apa saja. If you can’t contribute by doing something; you can actually contribute by not doing things. Let me tell you how. Jangan sebar fitnah yang boleh gugat semangat para dermawan dan sukarelawan. Jangan nyalakan api yang boleh membakar hubungan kerjasama pihak-pihak yang sedang membantu. Jangan bagi nasihat-nasihat gampang yang mengelirukan penduduk.

Believe me, each and every little help makes a significant difference. Tidak perlu mendendang sumbangan siapa lebih berdarjat, atau siapa hero paling tersohor. Paling penting, jangan sekali-kali berpolitik dengan menunggang idealisme masing-masing. Our priority is to ease the pain of those affected; not to feed the ever-hungry human ego.

Rakyat Sabah dan Malaysia seluruhnya, teruskan berkongsi solidariti yang tidak berbelah bahagi. Salam Ramadhan dan Jumaat mubarak. Moga jihad nafsu kita semua dipermudahkan, pada detik-detik yang sukar ini.
— in Ranau, Malaysia.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...