Sunday, May 10, 2015

SELAMAT HARI IBU




Selamat Hari Ibu, wahai warga dunia. Mari raikan wira-wira yang jarang didendang ini. Kerana mereka sebenarnya pahlawan penting dalam semua armada perjuangan.

i. Itu ibu (Gidi) saya. Berbaju kebaya singkat corak bunga merah, dipadankan dengan kain batik cetak. Fesyen kegilaan ibu-ibu Bunduliwan suatu ketika dulu. Konon vogue sangatlah.

Budak kepala cacak, yang itu saya. Rambut saya memang cantik masa zaman-zaman nakal dulu. Bukan macam rumput tundra tak cukup air seperti sekarang. Saya suka mengendeng ibu saya pergi ke tamu Kundasang, yang jatuh pada setiap 20 haribulan. Untuk menayang rambut stylish itu kepada orang-orang kampung.

Di belakang kami, itu bukan sayap batman tertanggal. Itu gambar Nabalu, gunung tertinggi di Malaysia. Kebanggaan orang Sabah, khususnya komuniti Dusun Kundasang.


ii. Saya tidak ada gambar berdua dengan Ibu saya. Ya, sekeping pun tidak ada. So if you have one; then be very, very, very grateful. That is one of the best gifts from God. Gambar ramai-ramai pun sangat jarang. Mungkin ada satu, atau dua. Kenapa? Sebab keterbatasan waktu.

Ceritanya begini. Ketika sekolah rendah, saya tinggal dengan kakak dan makcik (Gama). Sebab ibu saya selalu ‘hilang'. Berulang-alik pergi ke Kuala Lumpur atau Kuching untuk mendapat rawatan awal kanser. Saya pun tidak faham kenapa sampai sekarang tidak ada satu pun hospital di KK yang mampu menawarkan rawatan kemoterapi secara rutin; padahal kanser adalah penyakit yang tidak kenal batas geografi. Anyone knows why? Because Sabahans deserve less? Atau sebab kadar cukai yang kami bayar pada gomen lebih rendah nilainya daripada penduduk Sarawak dan Semenanjung?

Bila masuk sekolah menengah, saya habiskan 90% masa di Semenanjung. Belajar di sebuah sekolah asrama penuh wilayah utara. Pekan Sungai Petani, yang mahsyur itu. Pernah dengar?


iii. Kemudian, bila saya tamat sekolah menengah (ketika menunggu SPM), Gidi meninggal. Selepas bertahun-tahun melawan kanser payudara. Masa itu dia berumur 58 tahun. Sekurang-kurangnya masih ada 18 tahun untuk menikmati hidup, mengikut jangkahayat tipikal penduduk wanita Sabah, iaitu 76 tahun.

Sepatutnya saya masih boleh bergambar berdua dengan Gidi, sewaktu saya menerima ijazah B.Sc (Hons) daripada Universiti Malaya, enam tahun kemudian (selepas kematiannya). Ya, sepatutnya begitu. Tapi dalam dunia realiti – banyak perkara yang tidak patut akan terjadi. Kata Bill Gates: Life is unfair. Get used to it!

Kanser, sehingga hari ini, masih jadi pembunuh nombor satu ibu-ibu muda di Malaysia. Tapi usaha penyelidikan dan kempen kesedaran oleh pelbagai pihak (termasuk NGO) secara perlahan-lahan telah menurunkan kemungkinan ini.

Jika kamu belum mendaftar sebagai penyumbang tetap MAKNA (Majlis Kanser Nasional)- Official Page, maka bolehlah pertimbangkan ini sebagai hadiah istimewa kepada wira-wira yang jarang didendang ini.


iv. Tidak perlu menyumbang banyak. Ringgit-ringgit saja untuk setiap bulan pun cukup. Ini bukan usaha satu orang. Ini adalah usaha kolektif.

Sumbangan kecil kita mungkin boleh mengubah takdir dan nasib seseorang. Jangan ada lebih ramai orang yang meroyan dengan lukisan-lukisan ibu dan anak. Yang sangat hodoh dan jelik, seperti contoh di atas.

Kerana kanser telah mencuri kesempatan untuk ambil gambar berdua, secara cantik-cantik di depan gunung yang terseragam megah atau tasik Putrajaya. Bersama orang yang disayangi.

Nota: Ini entri siaran ulangan dengan sedikit suntingan. Harap maklum.

:
 — at Sebuah daerah fantasi!


NOTAKAKI:

Tati SitaimSedih baca ni. Sayapun jarang dpt bergambar dengan IBU Dan ayah. Ya penyakit kanser banyak membuat kita kehilangan, Dan terpaksa pergi ke KL atau Sarawak, kenapa Sabah tiada? Itulah yang menjadi pertanyaan saya dahulu sehingga says pernah menulis satu cerpen dalam tahun 1995 selepas ibu saya meninggal. Kes ibu saya cuma tidak dapat buat hemodailsis kerana mesin tak cukup!!!! Terlalu banyak yang menunggu!!! Says tulis Dan Tanya KENAPA dan ketika seorang otai membaca cerpen saya, saya dikatakan terlalu berani Dan bakal meberima kritikan sebab macam menujukan tulisan pada kerajaan, kata kawan tu " kalau kau bersedia untuk do kritik, hantar lah!" Dan saya memilih untuk menjeruk cerpen itu sehingga hari ini"
Yasmin Ooi Tati sitaim, masyarakat kita perlu lebih gigih mengkritik kerajaan dan menyuarakan ketidakcukupan. Masyarakat kita juga perlu faham perbezaan antara kritikan dan fitnah. mengkritik adalah hak kita dan menfitnah tidak patut dilakukan. Bak kata seorang menteri sebelum 1 Mei. Tiada sudah orang kritik cukai baru ni, maka rakyat sudah faham dan terima cukai itu. Datang 1 Mei, jangkaan silap menteri itu tertonjol.
Rem DambulJiran sebelah rumah baru pulang dari Kuching seminggu lepas untuk rawatan kemoterapi. That was so inconveniet and costly, travelling that far.

I was very, very surprised. My mother got her treatment in the 80s. After more than 20 years, the status quo
 (of the facility) remains the same. I really thought the government has looked into this issue - since Sabah has one of the highest occurrances of cancer in Malaysia. May be we should try different parties in the next election...

Ramli Bin Abu Mansor Dr Rem Dambul...the problem is the specialist in oncology is very scarce. And it is depressing to serve in such wards. When my son went thru chemo..the trainee doctors said so as every other day there were deaths from children with leaukimia in the ward. That is why I think they can't set up many centres. The same specialists too serve the older patients.
Rem Dambul Probably you are right. That is the reason given to my neighbour. They actually got the 'physical facility' here in KK. But they don't have the specialist to operate it. Sometimes they send someone from KL to do it, but it is not possible on routine/regular basis.

I hope the government will invest more on training these critically needed specialists. Rugi kalau ada alat, tapi tiada orang yang boleh operasikan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...