Sunday, May 3, 2015

BANDARAYA SEMAKIN PANAS



1. Berita panas pada muka depan suratkhabar tempatan di Sabah pada hari ini.

Dipetik dari sumber (perenggan ke-3): “Menurut ahli klimatologi Dr. Ramzah Dambul, keupayaan Kota Kinabalu untuk mengekalkan haba telah sampai ke satu tahap yang menjadikan bandar di Timur tengah seperti Jeddah lebih sesuai didiami”.


I was unfortunately misquoted; and I would like to clarify.

Sebenarnya apa yang saya bagitau wartawan adalah: (1) Urban heat di Kota Kinabalu memang makin meningkat sejak beberapa dekad ini; (2) Ciri tropika di Sabah yang tinggi humidity (ditambah faktor pemanasan ini) menyebabkan kita makin tidak selesa; dan (3) Bandar di kawasan gurun (misalnya Jeddah) sekali pun bersuhu lebih tinggi, namun ber-humidity rendah. Jadi ‘comfort index’ pada tubuh lebih selesa (e.g. tidak rasa melekit-lekit kerana peluh cepat tersejat ke dalam udara kering).

TETAPI sama ada Jeddah ‘lebih sesuai didiami’ daripada Kota Kinabalu – that depends on many other factors (both environmental and sociocultural). Not just based on “climate comfort index”, alone.

2, Baik, kita tinggalkan ‘cerita panas’ dari Borneo ini. Pada hari ini juga, klimatologis yang sama bakal MEMANASKAN Kuala Lumpur dengan kehadiran mengejut ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Mari kita bergebang-gebang di ruangan Sudut Penulis di reruai Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM). Kalau mau beli buku saya, nanti bolehlah merayu ditandatangani. Jangan risau, hati saya mudah cair dipujukrayu.

Masanya? 3hb Mei 2015 (Ahad) pada:

11.30 am – 1.00 pm
dan 2.30 pm – 4.30 pm

Nota ** : Abaikan entri sebelum ini. Masa terpaksa diubahsuai kerana isu logistik. Maaf. 


NOTAKAKI:



Ainunl Muaiyanah Saya berjaya pujuk rayu Dr. Rem Dambul

Rem Dambul Kalau editor tersohor Malaya, Cik Ainunl, tak payah pujukrayu. Jeling saja pun sudah cair hati seorang klimatologis. Haha.

Kalau ada peminat cari (dengan nada penuh perasan), bilang jam 4.30pm balik ke reruai ITBM. Sedang tunaikan misi cari buku kawan-kawan.





Rem Dambul Ramai penyair muda kontemporari segan silu menggunakan pendekatan klasik gaya 'romantisme' kerana takut dilabel 'penyair yang dibuai perasaan'. Tapi saya dan editor saya Ainunl tidak takut pada stereotaip. Kerana 'buaian perasan' bukan terletak pada teknik yang diguna, tetapi pada kemahiran menggunakan teknik.

Menerusi buku puisi - 'Perempuan Bulan, Perempuan Hujan' (Ainul, 2014) dan 'Dari Cinta Kepada Cinta' (Rem, 2015) - kami cuba menawarkan pemikiran dan falsafah dengan menggunakan kuasa emosi dan bukan gaya wacana. Kerana dunia puisi Malaysia perlukan kepelbagaian untuk terus kekal relevan sebagai satu genre persuratan sastera Melayu.

Hahaha. Tiada siapa bah yang mau promosikan buku kami. Jadi saya terpaksa angkat bakul sendiri ya.  

Nota: Akan kembali ke reruai Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)pada jam 4.30pm hari ini.



Sudah ada di reruai ITBM. Bersama @Zulkifl Jamaasim.


Marsli N.O dengan buku puisi terbaru, Malam Hujan & Oksimoron, di pentas Bersama Penulis.


Bersama Fandy Taher, penulis yang menpunyai perspektif yang unik tersendiri. Jangan lupa baca karya-karya 'rebel' beliawan ini.


Believe it or not; the super talented Fai Zakaria Ideas pun sudah dapatkan tiga cinta saya. 😀


Syafiq Ridzwan Jamaluddin - turun dari menara 
 Petronas untuk bertemu Alien. 😀


Kenal dengan ikon beliawan ini? Serius, berjam-jam saya menunggu untuk dapat peluang ini.


Pak Engku, Rem Alien, Hani Hujan dan Kak Tuty


Sabri Yaacob Masalah journalist misquote kenyataan berbentuk teknikal sangat biasa. Kami dalam Institut Kimia Malaysia selalu mendengar rungutan golongan chemist dan researcher berkenaan masalah ni. 

Cuma, yang paling merisaukan, bila kesalahan tu berlaku pada isu
 sensasi, menyebabkan pelbagai masalah lain pua bermunculan selepas tu. Boleh jadi fitnah dan ada pihak yang terjejas hanya sebab kesalahan memahami isu teknikal. 

Sepatutnya, pihak editor kena benarkan orang yang terlibat untuk review sebelum boleh publish jika terdapat keraguan dalam isu teknikal.


Rem Dambul Betul. Boleh jadi fitnah.

Mujur dalam kes saya ini, yang salah quote itu tidak sensitif dari segi budaya, agama dan politik. Kalau tidak memang akan kena bertalu-talu di laman sosial.



Check-in at Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi, Enstak. They call it "hostel", but it looks like a four-star hotel to me. Very nice and serene surrounding too. Hijau dan hening di tengah ladang getah dan kelapa sawit!





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...