Saturday, April 11, 2015

JANGAN BERMAIN DENGAN API




1. Ada satu tulisan seorang Facebooker perempuan sedang viral dan trendy. Tak perlu saya kongsi entri itu demi menjaga kehormatan ibubapanya. Tapi dia menulis lebihkurang begini:
“Apa kata GST itu dicuba di Sabah/Sarawak saja dulu. Sebab diorang inilah yang bagi kuasa pemerintahan pada BN!”
Ini bukan isu perbezaan sentimen politik. Bukan. Tapi sebagai orang Borneo, hati saya terbakar sungguh bila ada cubaan orang-orang di sana mau mengolok-olok pilihan demokratik kami. Salahguna fakta empirikal pula. Dia ingat semua orang bodoh macam dia dan keluarga dia.

2. Dengar sini perempuan tak sedar diri: dalam pilihanraya yang lepas, Semenanjung menawarkan 165 kerusi parlimen. 85 kerusi dimenangi oleh BN, cuma 80 dimenangi oleh PR.
Berdasarkan statistik ini (sekalipun tanpa undi Sabah/Sarawak), siapa yang patut diangkat sebagai kerajaan? Perempuan itu gagal matematik; atau dia mengira dengan puting susu. Atau ketika buat kiraan, dia sedang khayal kasmaran sebab ada bohjan sedang menggentel payudaranya?
Masih tidak puas hati dengan bukti empirikal 85 vs 80? Baik, fikirkan ini pula. Daripada 11 negeri di Semenanjung, 8 negeri memilih BN sebagai kerajaan. 8 vs 3: itu banyak atau sikit? Nanti macai-macai abadi kerabangkang akan kata: tapi dari segi undi popular, kami menang mencanak-canak!

3. Betulkah mencanak-canak? Daripada 11 negeri, PR hanya menang undi popular di Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan. Yang selebihnya, BN sapu bersih kedua-duanya – undi popular dan undi parlimen. Maksudnya: 7 vs 4. (Nota: Kalau di Sabah/Sarawak, BN pukul habis sampai PR terkangkang tiarap 2 vs 0. Macam babi hutan yang baru mati disumpit.)
Maksudnya apa? Kerajaan BN yang ada sekarang bukanlah diangkat oleh orang Sabah/Sarawak sahaja. Tapi dipilih oleh rakyat majoriti, seluruh negara. MAJORITI dalam konteks ini bermakna: merangkumi kesaksamaan ruang geografi dan demografi etnik. Bukan setakat mewakili angka individu per se, yang dicerap oleh undi popular.
Demokrasi yang hanya berteraskan kuantiti semata-mata (undi popular) adalah kurang bermakna. Sebab keadilan itu bukan sekadar samarata (equality); ia mestilah saksama (equity). Kita mahukan demokrasi yang berpaksikan kualiti (undi parlimen) - representatif kepada kelompak komuniti yang pelbagai. Bukan setakat mewakili 3 kaum mainstream – Melayu, Cina, India; tetapi juga mesti mengangkat suara 3 kelompok Orang Asli – Senoi, Jakun dan Negrito; 28 bumiputera Sarawak dan 32 natif Sabah. Wajarkah undi penduduk urban Pulau Pinang dan Selangor semata-mata dijadikan pemberat mutlak untuk menentukan kerajaan federal; yang akan memerintah Malaysia dari Perlis sampai ke Sabah?

4. Dalam entri yang sama, ada seorang Apek pula merungut: “If Sabah and Sarawak were not part of Malaysia, we already had a new government.” Excuse me, there will be no Malaysia without Sabah and Sarawak. Because we collectively form Malaysia. Bukan Sabah/Sarawak ini hanya entiti pinggiran.
Nada Apek itu sama bitter dengan ayat perempuan-puting-susu yang tak reti mengira itu. Argumen what-if ini hanya sesuai untuk manusia yang tidak berpijak di bumi nyata. Orang yang taksub untuk terus hidup dalam dunia fantasi dan andaian. Tak mahu menerima realiti.
Hujah berasaskan KALAU ini sangat murah. Lima sen pun tidak bernilai. Siapa-siapa saja boleh berhujah secara hipotetikal begini. Misalnya: KALAU tiada orang Cina di Malaysia, sekarang ini BN masih kukuh menggenggam 2/3 kuasa parlimen. Atau begini: KALAU kemajuan Lembah Klang itu hanya setaraf Pensiangan atau Penangah (tanpa tembusan internet yang munasabah), Selangor tidak akan jatuh ke tangan PR.

5. Nampak tidak poin saya di situ? Argumen-argumen KALAU ini bukan saja bodoh, tetapi juga boleh menyinggung hati orang lain. Why can’t you just accept the reality (apa yang betul-betul TELAH berlaku) – and move on with life. Tak perlu merungut tak habis-habis: Oh ‘KALAU-lah’ Sabah/Sarawak tidak begitu dan tidak begini. Sebab hipotesis KALAU itu bukan hanya relevan untuk komuniti Borneo, ia juga boleh diaplikasi kepada komuniti Malaya.
Lagipun kenapa korang mau suruh kami (orang Borneo) undi PR? Apa yang PR boleh bagi kepada kami? Sedangkan perkara paling asas pun, iaitu kerjasama dengan parti tempatan, sampai sekarang tak reti-reti jalinkan. Jadi macam mana mau jadi pembela komuniti Borneo? Seburuk-buruk BN pun, sudah ada bukti bertahun-tahun bahawa ia BOLEH BERKOMPROMI dengan parti-parti lokal.
Tapi bercakap pasal isu kerjasama, apa sangatlah yang boleh diharap dengan PR? Sesama sendiri pun masih tak pandai berpakat. Gaduh antara parti tak habis-habis. Begitulah jadinya kalau kahwin haram tanpa akad yang sah. Nota: Pakatan Rakyat hanya gagasan ‘tidur sekatil tanpa lafaz nikah’, bukan perikatan rasmi yang mempunyai satu Presiden dan satu Perlembagaan sepunya seperti BN. Sebab itu ketiga-tiga parti komponennya bertanding dengan logo/nama masing-masing. Bahkan ada yang berlawan sesama sendiri dalam pilihanraya!
Tamaknya tak terperi. Jawatan MB yang seciput itu pun berebut-rebut. Siap ada langkah Kajang dan drama terajang menerajang. Mungkin kalau dapat jawatan PM, sanggup berperang dan berbunuh-bunuhan. So – apa bijaknya sangat parti pilihan itu dengan apa yang dipilih oleh Sabah/Sarawak? Sampai boleh mengata kami tidak sudah-sudah.

6. Tak suka GST, kritiklah kerajaan yang sama-sama dipilih oleh pengundi Sabah/Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Jangan finger-point secara selektif.
Kalau benci sangat dengan kerajaan yang ada, tunggu tiga tahun lagi. Guna hak kamu di peti undi. Kalau tidak sabar mau tunggu pilihanraya akan datang, sila berhijrah ke Siberia. Tak mampu beli tiket flight, buatlah rakit atau tongkang. Supaya kamu tak rasa terus terseksa di sini dan tak perlu lagi salahkan Sabah/Sarawak dengan derita emosi sendiri.
Kalau memang sudah tidak sabar, tetapi tidak juga berminat mau pindah ke negara lain: sila masuk semula ke dalam rahim ibu kamu menerusi lubang yang sama tempat kamu keluar dulu. Bila hampir dekat pilihanraya nanti, bisikkan menerusi tembuni: “Mak, boleh tak kangkang, teran dan kemut sekarang. Saya dah gian sangat mau merayap keluar.”

Notakaki:

Asma Hanim Mahmood Bahagian No 2 Komen Tuan Mempersenda Fizikal Wanita, very unbecoming for someone who hails from the ivory tower and just came back from performing umrah.
Rem Dambul Asma Hanim Mahmood, faham tidak dengan teknik retorik dan gaya hiperbola? Ini bukan perkara baru dalam tradisi pengucapan dan persuratan Melayu. Go and read all the pantun and seloka lama. Then you will know and understand. Jangan pengsan kalau jumpa "pengucapan klasik" yang lebih getek dari ini. But they are all JUST tools!

Teknik penulisan hanya alat untuk memberi bujukan kepada pembaca, agar menghayati mesej yang disampaikan. I'm a teacher. Saya juga jurulatih orator. Saya tahu apa cabaran dalam komunikasi. And you have to do something to deal with the challenges. Tiada siapa mau baca tulisan yang ditulis dengan datar atas talian internet berjela-jela.

Let me tell you what your problem is. You read the rhetorics... but instead of focusing on the points, your entire attention stuck into the "tool". Sama ada kamu ini semulajadi sensitif dengan puting, atau kamu pengagum abadi puting kamu sendiri. It clearly shows one thing: your obession to the very thing. Because that is THE ONLY THING you capture from this long article.

Lepas tu boleh pula cakap pasal ivory tower dan umrah? Sejak bila kamu diberi lesen sebagai Polis Intelek dan wakil Tuhan untuk mengadili prestasi umrah manusia lain? Sebab nama kamu yang sangat islamik berlapis-lapis itu.. maka kamu rasa kamu layak semulajadi memegang peranan itu?

Atyn Mh Amat memalukan dan merisaukan apabila ahli akademik berhujah sebegini.....
Rem Dambul Atyn Mh, sebenarnya yang jauh lebih merisaukan, bila wujudnya rakyat yang hanya tau menghakimi tanpa memberi justifikasi. Intelek semua orang dipertikai, tapi kau sendiri malas memberi poin dan hujah. Mencemuh setakat dengan hujah "hadooy!". Sia-sia saja belajar sampai graduate di salah satu universiti awam Malaysia.

Puan Atyn, tamadun negara dibina dengan pemikiran dan perbalahan minda. Biar selucah mana atau segampang mana... itu JAUH LEBIH BAIK daripada sekadar mencemuh intelek orang tanpa berusaha memberi poin dan sudut pandang sendiri.

Atyn Mh Oh yea...terlupa satu perkara: disebabkan Tuan Rem Dambul dengan gigihnya screenshot kenyataan saya, so, nak tanya la satu soalan kpd Tuan Rem Dambul dan penyokongnya..bagi mahasiswa/i yg menyewa sendiri mungkin boleh masak makanan, tetapi ramai juga yg tinggal di asrama..ada ke asrama yang membenarkan mahasiswa/i memasak?Kalau ada sila senaraikan...Terima kasih.
Rem Dambul Puan Atyn Mh, tanyalah dengan menteri itu sendiri. Itu bukan kenyataan saya. Itu kenyataan dia. Kenapa perlu tanya saya? Saya bukan setuju dengan kenyataan menteri itu pun.

My issue is, you judge my PROFESSION by just reading this one entry. Merisauka
n konon. Jadi saya bagi reaksi balas: kenapa perlu risau dengan pensyarah yang suka guna teknik hiperbola dalam menulis tapi masih mampu menghujahkan data empirikal yang ada. Pensyarah pun mansuia juga. Ada emosi, ok. 

Sepatutnya kita patut risau dengan graduan yang hanya reti menghukum dengan hujah "hadoyai... oh Malaysiaku". Do you get my point?
John Jenin De Marco Yang tak suka penulisan doc ni aku rasa tak faham point dia agaknya. Buang masa tulis panjang2 la doc. Depa nampak tang puting je.tak boleh nak cerna minda berkenaan point2 dan penyebab terhasilnya penulisan ini..abis daa tercuit puting masing2.btw puting saya lelaki sejati ni pun hari-hari tegang walaupun takde siapa yg cuit. Bohsia pun tak pernah tgk. Semulajadi doc..haahhahahahaha. Lagi satu, meletakkan kesalahan terhadap negeri sabah dan sarawak sebagai punca besar kemenangan BN itu sama sekali saya tak bersetuju.dont blame the people. Blame the politicians..because they have failed their people regardless where they came from. Nak cakap apa-apa cakaplah, tp nasib la kalau terkena batang hidung sendiri dengan nada yg lebih pedas dan keras sebegini..give and take gitu...
Rem Dambul Disclaimer: Ada orang marah-marah dan bertanya: kenapa peta geografi Sabah/Srawak lebih kecil dari Semenanjung? Untuk makluman, itu BUKAN peta geografi.  Itu adalah peta geopolitik, yang menunjukkan perkadaran wakilan parlimen dalam pilihanraya. Sabah/Sarawak mewakili cuma 33% kuota kerusi parlimen; 67% lagi diperuntukkan kepada Semenanjung. Sebab itu saiz geopolitik Sabah/Srawak secara relatifnya lebih kecil. Mohon tuan-puan baca betul-betul deskripsi pada peta tersebut sebelum naik angin. 

Rem Dambul Poin dalam entri sebenarnya begini:

(1) Kerajaan yang ada sekarang dipilih oleh rakyat Malaysia dari kedua-dua wilayah, Semenanjung dan Sabah/Sarawak. Jadi hentikan dakyah bahawa kerajaan yang ada HANYA pilihan Sabah/Sarawak SAHAJA, tetapi bukan pilih
an Semenanjung. 

(2) Baik atau buruknya kerajaan yang ada sekarang; semua orang kena tanggung dan terima bersama. Jangan ada finger-point: ini salah kaulah! Keputusan pilihanraya lalu jelas menunjukkan bahawa BN mendapat sokongan majoriti di kedua-dua wilayah, Semenanjung dan Sabah/Sarawak. Jangan termakan dengan kata-kata YB Tony Pua yang balik-balik mengulang: "Kalau bukan undi Sabah/Sarawak, saya sudah lama jadi Menteri". Tanpa Sabah/Sarawak pun, dia tak akan jadi menteri sebab kerusi PR masih tetap tidak cukup untuk membentuk kerajaan. Barangkali YB Tony Pua hanya boleh jadi menteri kalau dia berhijrah ke Guandong atau Chingdau, wilayah di negara komunis yang tidak peduli pada suara demokrasi berparlimen.

(3) Undi adalah pilihan demokraktik setiap individu. Bukan semua orang berdepan dengan circumstances yang sama. Penduduk di Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Perlis, Kelantan, Sabah, Sarawak etc mempunyai isu-isu tempatan yang unik dan berbeza. Keunikan inilah yang akan mempengaruhi pilihan masing-masing. Orang di sana mungkin memilih kereta kerana mereka semua sudah kenyang. Tapi orang di sini masih memilih beras kerana tiada gunanya kereta jika perut masih lapar. Setiap orang memilih berdasarkan keperluannya sendiri. Sekadar analogi. Tapi poin saya: never judge others' choices based on your own circumstances and preferences.

(4) Kita tidak perlu berkongsi parti politik dan bersetuju dengan satu idealogi yang sama. Kita boleh berfahaman berbeza dan masih boleh bersatu. Tetapi kita perlu menghormati perbezaan pilihan; dan wajib menerima hakikat bahawa hanya ada satu parti yang boleh diangkat menjadi kerajaan untuk memerintah negara pada satu-satu masa. Kita tidak boleh mencipta kerajaan khayalan masing-masing mengikut kesukaan nafsu sendiri. Because if we do that, we can never move forward as a collective strong force
Mervyn Petrus Anip Dr.Rem Dambul, apa pendapat dr mengenai pengistilahan politik terhadap masyarakat Sabah/Sarawak sebagai "fixed deposit" kerajaan?
Rem Dambul Mervyn, as for "fixed deposit" - Sabah is DEFINITELY NOT a fixed deposit to anyone. If anything, Sabah is the most unpredictable and 'unfixed' voters. Sejak Malaysia ditubuhkan, Sabah telah menukar kerajaan sebanyak 4 kali: USNO-BERJAYA-PBS-BN (UMNO + parti lokal). Tiada satu pun negeri di Malaysia seberani begini!

So, nobody should underestimate Sabah when it comes to political decision. If we want to change, we do so because we feel there is a need to change. Bukan sekadar ikut-ikutan. If we don't change, not because we don't dare to change. Sebab memang telah terbukti Sabah sudah lama berani membuat perubahan ketika pengundi-pengundi di negeri lain masih tegar mempertahankan status quo.

Note: I speak only for Sabah because I don't really know the underlying dynamic of Sarawak politics. So it is unfair for me to make a comment on their behalf.

Yoni Dwi Varia Bahasa kasar pun ramai suka? Pelik pelik. Tulis fakta aja sudahlah, nak hambur kata kata kesat ngape? Ada yg sebut dr? Ye ke dr? Tak mencermin keinteletualan dr tulisan tu. Tak perlu taksub sangat. Lihat hakikat taraf kehidupan di pendalaman cam na yg dikatakan maju tu. Mohon perbaiki juga dlm penulisan ya.?

Rem Dambul Yoni Dwi Varia, kamu itu yang sebenarnya katak bawah tempurung. Sila keluar dari gua batu sekarang; serta luaskan pembacaan dan pemikiran.

Jangan asyik mengulit novel Suamiku Encik Ketam atau Boyfriend Ku Sangat Sweet, yang hanya penuh dengan satu tek
nik delivery, iaitu gaya penulisan yang manis-manis. Bacalah juga karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad atau trend-setter Eve Ensler, Ayu Utami et al - baru faham apa maksud retorik penulisan, dan bagaimana elemen hiperbola, satira, analogi dan pesonafikasi diadun dalam wacana sebagai satu kuasa bujukan.

Masalah paling asasi bagi polis-polis moral internet seperti awak (dan yang sewaktu dengannya), semua perkara dalam dunia ini awak hakimi berdasarkan standard etika yang awak cipta sendiri mengikut tahap IQ awak yang bangkut, skop pembacaan yang sempit dan rasa syok sendiri feeling-feeling penanda aras syurgawi.

Awak kena sedar: bukan mak bapak awak seorang saja yang pandai mendidik anak hingga nilai yang awak pegang layak diangkat sebagai contoh misali yang perlu disembah oleh semua orang di Malaysia dan dunia. Awak seperti mau menyuruh semua manusia di bumi Tuhan jadi dull dan boring macam awak juga. Motif apakah?? Cuba fikir kenapa tulisan dan mesej awak yang mulia murni di wall FB awak itu tak mencetuskan sebarang perbahasan? Awak ingat sebab muka awak tak cantik? Bukan. Tapi sebab awak tak reti seni bujukan dalam penulisan siber.

Kalau ada orang miskin dan tak maju di pedalaman pun: apa hak kamu untuk mempertikaikan pilihan demokratik mereka? Entri ini bukan soal siapa maju, siapa mundur. Ini soal menghormati pilihan yang dibuat oleh orang lain. Nampak tidak betapa bengapnya awak dan betapa malangnya sesiapa juga menyebabkan awak lahir di bumi Malaysia: sebab entri sesantai ini pun tak reti faham dan hadam. Tapi ada hati mau suruh saya perbaiki penulisan. Awak tu yang kena perbaiki keupayaan membaca. Kalau saya tulis guna gaya akademik dengan memberi fakta empirikal semata-mata, lagilah awak sengal terkial-kial.


Siti Zabedah Walaupun Dr. nak kata apa saya tetap tidak bersetuju dengan gaya penulisan terlampau dan hiperbola. Diguna pakai sebagai istilah sastera dan sebagainya. Berkata yang baik2 dan mengajar yang baik2 adalah pilihan terbaik. I don't care if you don't like me. Thank you.

Rem Dambul Siti Zabedah; berikan definisi operasi dan tandasukat bagi kenyataan ini: "Berkata yang baik2 dan mengajar yang baik2 adalah pilihan terbaik." 

"I don't care if you don't like me." I don't dislike you because I don't even know who are you. How can someone dislike an unknown object? I just disagree with your chosen benchmark of how people should express their personal opinion on social media.


Fadzli Hamid Bro. Nk bg pendapat bukan itu caranya. U humiliate urself je. No one in the rite state of mind will agree w ur kelucahan melampau. Nk discuss use reasons , dont impose & b matured.

Rem Dambul Fadzli Hamid, memberi pendapat ada banyak cara, mengikut situasi dan konteks. Kalau memberi pendapat dalam majlis tazkirah di surau, lain caranya. Memberi pendapat dalam kuliah akademik, lain caranya. Menulis untuk Jurnal Kinabalu, lain caranya. Menulis untuk ruang pojok akhbar Sinar Harian, lain caranya. Menulis kasual di laman sosial peribadi, lain pula caranya.

Entri ini adalah perbahasan santai dan 'basah-basahan' tentang isu semasa. Reread it please. It has the flow of logic and reasoning. It is not imposing at all! Sarcasm, yes. Penggunaan ANAOGI genitalia cuma sebanyak 0.5% (5 perkataan dalam 1083) sahaja, sebagai teknik bujukan retorik. 

"Kelucahan melampau" - ditakrifkan sebagai penggunaan elemen-elemen genitalia dan seks secara TUNTAS untuk mencapai gratifikasi emosi dan nafsu. Kalau kamu rasa ini "kelucahan melampau" - itu bermakna bahawa bila kamu membacanya, organ genitalia kamu terangsang naik. Fuh, hebat! Saya yang menulisnya sendiri pun tidak terasa apa-apa keberahian. Adakah kamu ini memang semulajadi dilahirkan memiliki nafsu seks yang melampau? Asal nampak perkataan puting, terus stim mencanak-canak?


Fadzli Hamid Cantik pemikiran cerdik pandai dr tu( phd ke @ medical)? Sbb tu skrg dunia porak peranda bila org bijak pandai menghalslkan percakapan, pemikiran & perbuatann

Fadzli Hamid Perbuatannya. Plg cerdik nk mematahkan hujah org gunakan cara yg x melambangkn kedudukan tuan.

Fadzli Hamid Bg sy tuan menujukan apa yg d kata pd sy kpd tuan sndiri.

Farah Mrsfadzil Sy juga kurang faham kenapa ramai yg fokus pada ayat yg cuma 5% itu sedangkan mesej utama diabaikan? Ye..rasanya mungkin mereka tidak pernah baca karya2 sasterawan negara spt Shanon ahmad, A Samad Said. Nampaknya..sgt susah bangsa kita nak maju..

Rem Dambul Fadzli Hamid, pernah terfikir atau tidak kenapa dalam begitu ramai yang membaca entri ini - hanya kamu dan 2-3 tiga orang lain yang nampak aspek kelucahannya. Yang selebihnya, lebih seribu orang nampak poin yang dibahaskan. Does it ever occur to you - that you actually look at the 0.5% (analogi yang seciput itu), while the large majority look at the 99.5% (isu prejudis pada Sabah/Sarawak)? Cuba tanya diri sendiri: akukah yang terpesong perspektif; atau akukah insan mulia pilihan Tuhan yang menjadi istimewa berbanding lebih seribu yang lain? 

Farah Mrsfadzil, saya rasa kalau diorang ni baca SHIT (Shahnon Ahmad, 1999) - mesti mati kejang sebab serangan jantung. Padahal karya itu telah membolehkan SN Shahnon Ahmad tercalon dalam long-list untuk Hadiah Nobel Kesusasteraan. Susah bila orang tidak dapat membezakan antara argumen perbahasan dan teknik penulisan.


Siti Zabedah Dr. bukan entry ini saja entry lain juga. Nak menang je... Tak suka tak apa, bukannya kenal saya pun!

Siti Zabedah Pantang dikritik pasti ada habuannya. Saya terus-terang sedikit meluat.


1 comment:

  1. Yodti baru kangam Tuan Dr!... Very Good kad turang putih. Ninaru-naru dilo karangan, amu kobobos mambasa om naawi iboh. Tamba tambaan po lado om opodos podos topurimanan. Peace mantad Bundu Tuhan!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...