Wednesday, March 4, 2015

NASI AYAM TOMATO MALAM PERTAMA


Satu lagi karya kulinari jenis sekali-harung. Ringkas, senang dan praktikal. Sesuai untuk orang sibuk, atau yang dapurnya gampang tak cukup fasiliti.
Resepi mudah ini dinamakan: nasi ayam tomato malam pertama.
Ia dimasak dengan air sedikit dan api perlahan. Biar beras kembang kerana haba, bukan kerana air. Supaya teksturnya pejal kering dan sebutir sebutir; bukan melekat segumpal macam tanah liat.
Memang lambat masak, tapi kualiti nasinya jauh lebih memuaskan. Kesabaran menunggu amat penting agar terhasil klimaks rasa yang berganda. Seperti indahnya kenangan malam pertama.
Nota: Resepi penuh, langkah demi langkah, boleh dibaca dalam komen bergambar.
:
— in Jeddah, Saudi Arabia.



Memang sedap. Sesuai dibawa sebagai bekal ke opis juga.  saya pakai herba sadri (batang dan daun). Beras basmati paling ngam. Tapi beras biasa pun ok.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...