1. Gambar iringan entri ini merupakan contoh klasik satu kenyataan ‘huduphobia’ yang terlebih renjatan hormon testosteron. Isu saya BUKAN soal setuju atau tidak undang-undang ini dilaksanakan. We live in a free world; so each one to his own. Tapi ini tentang emosi-emosi hiperbola di sebalik ketidaksetujuan itu.
Saya bermukim di Arab Saudi dengan status residen selama dua tahun (Feb 2012 – Mac 2014). Negara ini mengamalkan hukum hudud sepenuhnya tanpa sebarang alternatif perundangan sivil. Ini berkuatkuasa di seluruh wilayah, dari Turaif di utara, sampai ke Gizan di selatan; dari Riyadh di timur sampai ke Jeddah di barat.
Saya tinggal di Jeddah. Tempat pancung di bandar ini terletak di halaman sebuah masjid di tebing Laut Merah. Tidak jauh dari apartment saya di Al-Jameah. Adakah hukuman pancung dijalankan setiap bulan? TIDAK. Adakah saya temui penduduk tanpa tangan dalam setiap seribu orang yang saya jumpa? TIDAK.
2. Hukum hudud bukan sekadar cerita pancung dan potong tangan. Sama seperti semua perundangan lain; hudud juga ada sistem dan tatacara tersendiri yang rinci. Bukan beroperasi secara rambang suka-hati-Mak-Bedah dengan slogan aku-ketagih-gian-mau-poton
Adakah hukum hudud merencat psikologi penduduk Saudia Arabia, terutama expatriate yang non-Muslim? Ntah. Saya tiada statistik pasal ini. Tapi yang saya tau, ada 1.2 juta Pinoy Katolik di sana dan jumlahnya makin bertambah setiap tahun, dengan kadar menghampiri janjang geometri (baca: pesat meningkat!). Saya juga tau bahawa kadar jenayah seksual terhadap wanita jauh lebih rendah di Saudi Arabia berbanding di Malaysia. Walaupun secara naturalnya, nafsu berahi lelaki-lelaki Arab berkali-kali ganda lebih tinggi.
Adakah saya sokong hudud dilaksanakan di Malaysia? Soalan ini tidak relevan saya jawab. Sebab saya sedang mengupas isu persepsi yang memanipulasi mental sebahagian rakyat pejuang hak asasi dan demokrasi (kebebasan bersuara) di Malaysia. Saya bukan mau bercerita tentang apa yang saya ingin secara peribadi.
3. Tapi beginilah. Kita semua tahu PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam. Perlaksanaan hudud adalah salah satu manifestonya. Sekalipun selepas bergabung dengan DAP dan PKR untuk membentuk Pakatan Rakyat sebagai sebuah ‘gagasan janji-mulut’ (sebab PR tidak didaftarkan secara rasmi menjadi perikatan politik sebagaimana BN); PAS tidak pernah menggugurkan secara eksplisit manifesto hududnya.
Sejak tahun 1990, PAS telah diangkat oleh rakyat Kelantan (menerusi proses pilihanraya yang demokratik) sebagai kerajaan negeri ini. Selama 24 tahun BERTURUT-TURUT parti ini diberi kuasa governance dengan sokongan melebihi dua pertiga oleh penduduk yang bernaung di bawahnya. Maksudnya, PAS memiliki mandat demokrasi yang sah untuk melaksanakan janji-janji politiknya. People vote PAS for what it is. So, kenapa marah-marah dengan pilihan rakyat majoriti Kelantan?
Kamu, para pejuang hak asasi dan pendokong kebebasan manusiawi (kononnya): kenapa pula sentap lebih-lebih bila sebuah kerajaan mau tunaikan hak asasinya sebagai parti politik dengan cara melaksanakan manifesto yang telah dimandatkan oleh rakyat secara demokratik? Janganlah kontradiksi dengan nilai pegangan sendiri. Setiap entiti ada hak asasinya sendiri, termasuk parti politik.
4. Paling saya tidak faham, bila golongan huduphobia itu datang daripada penyokong-penyokong tegar PR sendiri. Sokong PR dalam pilihanraya bermakna kamu secara langsung telah memberi PAS moral politik dalam perjuangannya. Yang kemudian membantu secara signifikan usaha-usaha parti ini untuk meraih undi.
Tapi bila parti ini menang dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai sebuah parti Islam – kamu melalak-lalak macam tapir yang baru disambar petir. Logik apakah itu? Saya sedang bertekak tentang isu ini dengan seorang kawan semalam. Mungkin sebab kekurangan hujah, dia pun mengherdik saya dengan cabaran: Jadi, kalau hudud dilaksanakan di Sabah – kamu akan sokonglah?
Saya paling benci soalan hipotetikal begini. Sebab berhujah secara andaian hanya sesuai untuk orang yang malas menggali fakta semasa; dan lemau menerapkan pemikiran mantik berdasarkan apa yang berlaku secara realiti. Tapi alang-alang dia gigih sangat menyoal begitu, saya pun balas dengan senario hipotetikal juga. “Kalau anak perempuan kamu berumur 12 tahun dirogol oleh seorang lelaki di depan kawan-kawannya, kemudian mangsa ditinggal sendirian di tengah kebun getah selama satu malam bersendirian: puas hatikah kamu kalau lelaki itu cuma dihukum penjara 7 tahun?”
5. Banyak kali di laman sosial saya ternampak status dan komen yang brutal bila ada perkongsian insiden-insiden jenayah yang ekstrim, terutama melibatkan seksual dan pembunuhan.
Ayat yang selalu keluar akan bernada lebihkurang begini: “Sial betul! Penjenayah itu patut ditembak sampai mati!” Sungguhpun cuma reaksi spontan yang sekadar ‘basah-basah mulut’: itu sebenarnya bukti tentang fitrah asasi kita apabila mahu memberi keadilan sesama manusia.
Tapi yang kelakar dan hipoktrit, orang-orang yang selalu memberi reaksi brutal begitu: bila sampai kepada isu hudud, boleh pula berceramah bertele-tele tentang nilai kemanusiaan. Sambil menyempitkan perspektif hudud hanya kepada isu pancung, rejam dan potong tangan. Hei, bukan kau sendiri pernah bertempik mencemuh undang-undang yang cuma memberi hukuman penjara kepada perogol kanak-kanak?
6. Kembali kepada soalan andaian tadi: saya setuju atau tidak hudud dibuat di Sabah?
Beginilah. (Hypothetically speaking) Kalau ada satu parti politik yang menjadikan hudud sebagai manifesto pilihanraya, kemudian rakyat Sabah memberi mandat kepada parti tersebut dengan undi melebihi 2/3 selama 24 tahun berturut-turut: masih relevankah suara saya seorang? Sama ada saya setuju atau tidak, yang pasti kerajaan itu ada hak politik dan mandat pemerintahan untuk melaksanakan hudud.
Sebagai seorang yang berpendidikan serta tahu memuliakan tamadun, saya tiada pilihan lain kecuali menghormati hak demokratik rakyat majoriti. Begitu bah, kan?
Nota penjelasan:
"Sejak tahun 1990, PAS telah diangkat oleh rakyat Kelantan (menerusi proses pilihanraya yang demokratik) sebagai kerajaan negeri ini. Selama 24 tahun BERTURUT-TURUT parti ini diberi kuasa governance dengan sokongan melebihi dua pertiga oleh penduduk yang bernaung di bawahnya."
Saya tau PAS sudah menang sebelum 1990 dan pernah memerintah Kelantan beberapa penggal. Tapi ini dalam bentuk 'putus-putus' (sebab ada ketika BN ambil-alih). Saya ambil 1990 sebagai 'poin rujukan' untuk menunjukkan bahawa PAS sudah mendapat mandat pemerintahan selama 24 tahun TANPA PUTUS di Kelantan, sebelum mengusulkan perlaksanaan Hudud secara fizikal di DUN.
TK.
deep juga
ReplyDeletetu la tu. hmm.
ReplyDelete