Friday, March 27, 2015

GODAAN MATA DAN BUKU



Lelaki kasanova akan menggoda dengan kata-kata bermadu. Tetapi lelaki misali menggoda hanya dengan mata dan buku (Rem Dambul, 2015).

1. Kamu sudah baca buku "Alien" dan "Deja Vu"? 

Orang-orang Sandakan boleh temui penulisnya di Dewan Masyarakat Sandakan pada hari Sabtu (28 Mac) dan Ahad (29 Mac). Ya, besok dan lusa. Datanglah ramai-ramai. Siapa tahu kamu boleh ceriakan kesunyian di hati lelaki ini.

2. Masih di tempat dan tarikh yang sama.

Bersempena program Kembara Ilmu dan Jaringan Masyarakat UMS; saya akan memberi taklimat ranking UMS, sambil kongsikan kelebihan dan kekuatan universiti rakyat ini sebagai pilihan melanjutkan pengajian tertiari. Saya juga akan buat ulasan sebuah buku terpilih terbitan UMS (Koleksi Cerita Rakyat Sabah).

Selepas itu, ada sesi interaksi santai sambil berdiskusi tentang buku tulisan saya sendiri pula, Alien Menchari Cinta (2012) dan Deja Vu Cinta (2014). Kedua-dua buku diterbitkan secara bersama oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan PENA - Persatuan Penulis Nasional Malaysia.

3. Saya membawa stok buku yang sangat terhad (dari simpanan peribadi). Kalau ada yang berminat, boleh datang ke lokasi nanti. Siapa cepat dan pandai menggoda, dia dapat (dengan harga diskaun 30%!). Buku-buku ini juga boleh ditempah secara online di sini:

Alien: http://www.itbm.com.my/catalogue/buku/alien_menchari_chinta/
Deja Vu: http://www.itbm.com.my/catalogue/buku/deja_vu_cinta_pencari_katarsis/


Sasterawan Negara Prof. Dr. Muhammad Hj Salleh sudah memiliki buku "Deja Vu Cinta". Kata beliau: penulis buku ini adalah Picaso jadi-jadian yang hatinya terlalu sunyi.

Notakaki:

Razali Khamis, boleh order online tapi di Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM). Boleh klik link yang diberi.

Tempahan secara online dari penulis sendiri dibuat pada Dec 2014 (untuk 500 naskhah + Alien). Buat masa ini tempahan dari penulis dibeku
kan sebab stok baru belum ditempah dan tidak ada pembantu untuk menguruskan pengiriman.  Ada volunteer?

Gift Micheal, ada. MESTI ada tu di gerai Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)




1 comment:

  1. Hatinya jadi sunyi sebab pujaan hatinya sukar terima sebahagian dirinya yang artis itu. C'onlah kawan John Lenon has done it, now Zyn Malik follow suite. Ramzah bila lagi?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...