Sudah lebih enam bulan tiada gambar kucing di sini. Ramai yang bertanya: miaw-miaw di Rumah Pangi apa khabar?
Saya kurang pasti, sama ada itu benar-benar pertanyaan tentang kucing; atau hanya cubaan mahu mengurat tuan kucing dengan cara yang halus. Kalau iya, jangan malu-malu kucing bah. Cakap saja terus-terang. Kalau kena cara, saya ini lelaki yang sangat mudah digoda.
Tapi selaku insan budiman yang tidak suka buruksangka, saya anggap pertanyaan-pertanyaan itu semunya jujur tanpa niat terselindung, ketam di balik bakau. Maka, gambar ini menukilkan khabar tentang kucing-kucing yang kalian rindui itu.
Foto-foto ini sebenarnya bukti lama. Tapi situasinya sekarang tidak banyak berbeza dengan yang ini. Nampak sihat dan bahagia, kan?
— at Banglo Kucing Darul Tungau.
|
Meet my talented co-artist, Mdm. Whiskes, the Siamese cat. When I was in Jeddah, she used to send me 'message' via FB and Whatsapp. That how clever this cat is! |
|
Bukti perbualan Tuan Kucing di Jeddah dan Mdm. Whiskes di KK. |
|
Hujan lebat di Sabandar. One of my cats (Casey) is still roaming around, somewhere out there. Mungkin kelaparan, mungkin kesejukan. 😞 Jiran-jiran sekampung; minta tolong bagitau kalau ternampak ya. cc: Pn.Rosnani Putehh, CikguMajrinMajor Sumarr dan CikguZaliha Badhrinn |
|
Hujan makin lebat. Kucingku belum pulang |
|
Ini bukan kucing yang hilang. Ini kucing lain, yang minta ditanak jadi nasi. 😎 |
No comments:
Post a Comment